Saturday, November 2, 2019

INFLEKSI HMT 211


Infleksi 

Minggu 1
Pada kuliah pertama minggu pertama kami diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 ahli. Kami diminta untuk menyanyikan lagu “sesungguhnya” dengan sebutan baku ‘a’ dan sebutan baku ‘e’ dan dialek negeri kelantan. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memastikan pelajar dapat membezakan antara sebutan baku tersebut.

Minggu 2
Pada kuliah pertama minggu kedua, kami ditugaskan untuk melukis sistem sistem artikulasi yang terdapat pada manusia lalu memuat naik ke bahagian komen di facebook. Dengan melukis gambar rajah ini ia mampu untuk mengetahui perkara yang terdapat dalam sistem pertuturan manusia.
Dengan menggunakan ahli kumpulan yang sama pada minggu pertama kami diminta untuk menghasilkan sebuah model anatomi dan fisiologi manusia manusia serta membuat proposal atau kertas kerja tentang model yang dibina. Kami perlu menggunakan barangan terbuang untuk membina model tersebut.
Pada kuliah kedua. Kami diminta untuk berkumpul di tapak convex. Sewaktu di tapak convex kami diminta untuk mendengar perbualan peniaga-peniaga dan menghasilkan lirik lagu berdasarkan perkataan tersebut. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengetahui cara sebutan bagi setiap penutur,

Minggu 3
Pada minggu ini, kami diminta untuk menghasilkan lima infografik berkaitan penyakit yang terjadi yang menjejaskan pertuturan seseorang seperti afasia, gagap, sengauan dan banyak lagi.
Kami juga diminta mendengar serta menyalin semula kichwa selama dua minit.
Kami diminta untuk menyalin semula carta IPA dalam huruf besar. Tujuan aktiviti ini adalah bagi mengingatkan kami tentang carta IPA tersebut.

Minggu 4
Kami diminta untuk membawa selendang dan sarung tangan getah. Tujuan kami diminta membawa barangan tersebut adalah untuk mengesan penggunaan alat artikulasi. Sebagai contoh, aktiviti ini digunakan untuk membantu pelajar yang kurang upaya seperti buta untuk menuturkan perkataan dengan betul.
Kami diminta untuk berjalan sambil menutup mata. Seorang hendaklah memastikan pelajar yang ditutup mata berjalan dengan berpandukan arahan itu sahaja. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berupaya untuk mengetahui tentang fonetik yang dilontarkan.

Minggu 5
Kami diperkenalkan dengan sistem bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kami juga diajar cara penghasilan setiap bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Minggu 6
Kami diajarkan tentang perbezan fonem dan alofon. Fonem terbahagi kepada dua iaitu fonem vokal dan fonem konsnon. Fonem vokal merupakan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang lidah manakala fonem konsanon pula ialah fonem majmuk dan fonem panggalan.
Alofon pula merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam satu fonem.

Minggu 7
Kami diajar tentang sistem huruf yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kami dijelaskan tentang perbezaan huruf dan fonem. Antaranya nama abjad iaitu vokal dan konsanon.