Wednesday, September 18, 2019

BULAN OGOS HMT 213


Acapella : Lagu sesungguhnya versi Bulan ogos

Bulan ogos kami dilahirkan 
kedunia ini dengan izin Tuhan
bulan ogos bulan kemerdekaan 
di negara ini pada setiap tahun

Kami semua sangat bersyukur 
dilahirkan pada bulan ini 
kami semua mengharap rahmatmu
jika tidak menagih simpati




Bergambar bersama banting konvokesyen HMT213

Nama saya Nur Balqis Anis binti Azli, nombor matrik 143245. Di sini saya ingin menyatakan perasaan saya apabila diberi peluang untuk bergambar. Perasaan yang sangat gembira walaupun saya belum menamatkan lagi Ijazah sarjana muda saya. Saya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa saya menyatakan saya sangat gembira. 

Saya bukanlah merupakan anak yang pandai dalam keluarga saya berbanding adik beradik saya yang lain. Saya juga bukan merupakan harapan keluarga saya. Hal ini kerana, saya menghadapi kesukaran untuk membaca semasa saya kecil. Saya dapat membaca diusia sembilan tahun berbanding adik beradik saya yang mula dapat membaca seawal umur empat ke lima tahun. Hari-hari saya cuba untuk membaca sehinggakan say mengambil keratan akhbar dan membacanya dihadapan cermin. Pada ketika saya membaca ditemani linangan air mata. 

Saya menangis bukan sebab saya kecewa kerana tidak dapat membaca tetapi saya menangis disebabkan oleh kata-kata yang mampu membuat saya terguris. Walaupun saya masih kecil pada ketika itu, tapi kata-kata yang dilontarkan kepada saya masih melekat pada hari ini. 

Selain itu, saya juga melihat perbezaan layanan kasih sayang ibu bapa. Mungkin saya hanya mampu untuk mentafsir tetapi ia bukan dari hati mereka. 

Saya merupakan salah seorang daripada adik-beradik saya yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah menamatkan pengajian di tingkatan lima. Saya mampu untuk melihat wajah kesedihan yang terpapar pada wajah mereka walaupun mereka masih mampu untuk melontarkan senyuman dan menyatakan "tidak mengapa, masih ada ruang dan peluang. Jangan anggap sekali kita gagal, kita akan gagal buat selamanya" 

Saya melanjutkan pengajian ke tingkatan enam. Di sinilah bermulanya kehidupan saya dimana saya mampu untuk memberi keputusan yang cemerlang bagi setiap semesta. Pada keputusan akhir saya mampu untuk melihat wajah kegembiraan kedua ibu bapa saya. 

Setelah saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ibu bapa saya merupakan orang yang paling gembira. Akhirnya, impian mereka untuk melihat saya menjejakkan kaki di Universiti tercapai. 

Maka, sekali lagi saya ingin melihat wajah kegembiraan mereka apabila saya mampu untuk menggenggam segulung ijazah. 











Tuesday, September 10, 2019

HMT215

PENGALAMAN

Assalamualaikum,

Nama diberi Nur balqis anis binti azli dari pusat pengajian Ilmu kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia.
Bergambar bersama rakan-rakan dari negara China
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menjadi pelajar yang bermajorkan bahasa Melayu, Bagi subjek HMT 213 komunikasi lisan dalam bahasa Melayu, saya telah belajar cara untuk membuat blog. Sepanjang umur saya 21 tahun ini, saya pernahb terfikir untuk menulis lebih banyak perkara dalam blog. Walaubagaimanapun, saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk mendaftar blog sehingga saya mendapat satu tugasan untuk membina satu blog menggunakan gmail. Subjek ini juga, telah banyak mendedahkan saya tentang perkara yang berkaitan dengan alam maya. Dalam subjek ini juga saya berpeluang untuk berkenalan dan beramah mesra bersama rakan-rakan dari negara China. Walaupun mereka berasal dari China, mereka mampu untuk berbicara dalam bahasa Melayu. Ia juga mampu untuk saya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan mereka. Sebelum ini, setiap kali berjumpa dengan orang dari luar negara, pasti saya akan mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan mereka kerana tahap keyakinan tidak ada. Tetapi dengan subjek ini, saya mampu untuk melakukannya di atas tugasan yang diberikan.
Seterusnya, dalam major bahasa Melayu juga, saya telah mengambil subjek HMT215 literasi komputer dalam bidang linguistik. Pada hari pertama saya memasuki kelas ini, saya telah diajar lebih mendalam tentang penggunaan blog. Subjek ini juga membantu saya dalam penggunaan komputer dan memahirkan saya dalam teknologi. Seperti yang kita sedia maklum, dunia pada hari ini sangat mementingkan teknologi yang canggih dan semua maklumat atau cara untuk berhubung berada di hujung jari sahaja.
Selain itu, bagi subjek HMT211 Fonetik bahasa Melayu, pada kali pertama saya memasuki kelas tersebut kami diminta untuk melakukan satu tugasan. Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari rakan yang berlainan pusat pengajian. Dengan adanya syarat ini, saya diminta untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Di samping itu, saya, juga perlu berkomunikasi dengan rakan saya yang berlainan bangsa dan agama. Bidang fonetik ini merupakan subjek yang berkaitan dengan bunyi.
Akhir sekali, major bahasa Melayu bukan sahaja pengajian tentang bahasa malah ia juga banyak membantu dalam bidang-bidang yang lain. 
Sekian, terima kasih.


Sunday, September 8, 2019

Pos pertama

Nama saya Nur balqis anis binti azli, saya dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu dan dibesarkan di kediaman ibu bapa saya di Pasir Mas, Kelantan.



Saya mendapat pendidikan prasekolah pada umur enam tahun di Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (1). Saya juga telah mendapat pendidikan rendah di sekolah yang sama. Saya juga teah melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan atau nama baru bagi sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Mas, dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam. 





Saya dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya iaitu Azli bin Hassan dan Nurawati binti Mohd Said, kedua-dua mereka berumur 58 dan 55 tahun. Bapa saya merupakan seorang buruh manakala ibu saya merupakan seorang suri rumah. Siapa sangka mereka hanya berkenalan hanya tiga hari terus bertunang dan keesokkan harinya kena kahwin. Mama pernah cakap tak sangka akan kahwin dengan abah sebab dia dah ada calon sebenarnya.


Saya juga mempunyai satu keluarga yang besar. saya mempunyai lapan orang adik beradik yang terdiri daripada 5 orang perempuan dan tiga orang lelaki. Tiga orang dari kami telah mendirikan rumah tangga. Harap lepas ni ramai lagi yang akan kahwin. Teringin ada keluarga yang lebih besar dari sekarang. Walaubagaimanapun, mama dan abah masih nampak muda.




Seterusnya, harapan saya apabila mengambil kursus HMT213 ini adalah untuk menambah baik diri saya terutama dalam komunikasi. Hal ini kerana, dunia pada hari bukan sekadar akademik semata-mata malah komunikasi juga merupakan perkara yang penting.

Selain itu, sepanjang saya bertaraf pelajar USM, saya telah memasuki satu persatuan yang dinamakan Himpunan anak- anak Kelantan (HAAKUSM) persatuan ini banyak membantu saya untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah. Saya juga didedahkan tentang cara untuk berkeyakinan apabila bercakap di hadapan ribuan orang.
Program-program yang dianjurkan oleh pihak persatuan lain juga banyak membantu saya untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu perkara yang saya anggap tidak penting tetapi merupakan perkara yang penting. Antara perkara yang saya akan lakukan adalah dengan menyetai lebih banyak program yang membantu saya untuk mendapat lebih banyak maklumat serta pengajaran baru.