Infleksi
Minggu 1
Minggu 1
Pada kuliah pertama
minggu pertama kami diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10
ahli. Kami diminta untuk menyanyikan lagu “sesungguhnya” dengan sebutan baku
‘a’ dan sebutan baku ‘e’ dan dialek negeri kelantan. Tujuan aktiviti ini
dilakukan adalah untuk memastikan pelajar dapat membezakan antara sebutan baku
tersebut.
Minggu 2
Pada kuliah pertama
minggu kedua, kami ditugaskan untuk melukis sistem sistem artikulasi yang
terdapat pada manusia lalu memuat naik ke bahagian komen di facebook. Dengan
melukis gambar rajah ini ia mampu untuk mengetahui perkara yang terdapat dalam
sistem pertuturan manusia.
Dengan menggunakan
ahli kumpulan yang sama pada minggu pertama kami diminta untuk menghasilkan
sebuah model anatomi dan fisiologi manusia manusia serta membuat proposal atau
kertas kerja tentang model yang dibina. Kami perlu menggunakan barangan
terbuang untuk membina model tersebut.
Pada kuliah kedua.
Kami diminta untuk berkumpul di tapak convex. Sewaktu di tapak convex kami
diminta untuk mendengar perbualan peniaga-peniaga dan menghasilkan lirik lagu
berdasarkan perkataan tersebut. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengetahui
cara sebutan bagi setiap penutur,
Minggu 3
Pada minggu ini, kami
diminta untuk menghasilkan lima infografik berkaitan penyakit yang terjadi yang
menjejaskan pertuturan seseorang seperti afasia, gagap, sengauan dan banyak
lagi.
Kami juga diminta
mendengar serta menyalin semula kichwa selama dua minit.
Kami diminta untuk
menyalin semula carta IPA dalam huruf besar. Tujuan aktiviti ini adalah bagi
mengingatkan kami tentang carta IPA tersebut.
Minggu 4
Kami diminta untuk
membawa selendang dan sarung tangan getah. Tujuan kami diminta membawa barangan
tersebut adalah untuk mengesan penggunaan alat artikulasi. Sebagai contoh,
aktiviti ini digunakan untuk membantu pelajar yang kurang upaya seperti buta
untuk menuturkan perkataan dengan betul.
Kami diminta untuk
berjalan sambil menutup mata. Seorang hendaklah memastikan pelajar yang ditutup
mata berjalan dengan berpandukan arahan itu sahaja. Tujuan aktiviti ini adalah
untuk membantu golongan yang kurang berupaya untuk mengetahui tentang fonetik
yang dilontarkan.
Minggu 5
Kami diperkenalkan
dengan sistem bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kami juga diajar
cara penghasilan setiap bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Minggu 6
Kami diajarkan
tentang perbezan fonem dan alofon. Fonem terbahagi kepada dua iaitu fonem vokal
dan fonem konsnon. Fonem vokal merupakan vokal depan, vokal tengah dan vokal
belakang lidah manakala fonem konsanon pula ialah fonem majmuk dan fonem
panggalan.
Alofon pula
merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam
satu fonem.
Minggu 7
Kami diajar tentang
sistem huruf yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kami dijelaskan tentang
perbezaan huruf dan fonem. Antaranya nama abjad iaitu vokal dan konsanon.















