Tuesday, September 10, 2019

HMT215

PENGALAMAN

Assalamualaikum,

Nama diberi Nur balqis anis binti azli dari pusat pengajian Ilmu kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia.
Bergambar bersama rakan-rakan dari negara China
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menjadi pelajar yang bermajorkan bahasa Melayu, Bagi subjek HMT 213 komunikasi lisan dalam bahasa Melayu, saya telah belajar cara untuk membuat blog. Sepanjang umur saya 21 tahun ini, saya pernahb terfikir untuk menulis lebih banyak perkara dalam blog. Walaubagaimanapun, saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk mendaftar blog sehingga saya mendapat satu tugasan untuk membina satu blog menggunakan gmail. Subjek ini juga, telah banyak mendedahkan saya tentang perkara yang berkaitan dengan alam maya. Dalam subjek ini juga saya berpeluang untuk berkenalan dan beramah mesra bersama rakan-rakan dari negara China. Walaupun mereka berasal dari China, mereka mampu untuk berbicara dalam bahasa Melayu. Ia juga mampu untuk saya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan mereka. Sebelum ini, setiap kali berjumpa dengan orang dari luar negara, pasti saya akan mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan mereka kerana tahap keyakinan tidak ada. Tetapi dengan subjek ini, saya mampu untuk melakukannya di atas tugasan yang diberikan.
Seterusnya, dalam major bahasa Melayu juga, saya telah mengambil subjek HMT215 literasi komputer dalam bidang linguistik. Pada hari pertama saya memasuki kelas ini, saya telah diajar lebih mendalam tentang penggunaan blog. Subjek ini juga membantu saya dalam penggunaan komputer dan memahirkan saya dalam teknologi. Seperti yang kita sedia maklum, dunia pada hari ini sangat mementingkan teknologi yang canggih dan semua maklumat atau cara untuk berhubung berada di hujung jari sahaja.
Selain itu, bagi subjek HMT211 Fonetik bahasa Melayu, pada kali pertama saya memasuki kelas tersebut kami diminta untuk melakukan satu tugasan. Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari rakan yang berlainan pusat pengajian. Dengan adanya syarat ini, saya diminta untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Di samping itu, saya, juga perlu berkomunikasi dengan rakan saya yang berlainan bangsa dan agama. Bidang fonetik ini merupakan subjek yang berkaitan dengan bunyi.
Akhir sekali, major bahasa Melayu bukan sahaja pengajian tentang bahasa malah ia juga banyak membantu dalam bidang-bidang yang lain. 
Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment